Rabu, 28 Disember 2011

RALAT

Angin hujung disember tiba, pamitan tanpa perasaan,
di bawa juga seberkas momen-momen haru hatiku.
Semalam berita dari emak sudah mengoyah senyum bibir ku,
Paru-paru ayah penuh air dan mungkin dijangkiti kuman.
Jika keadaan belum membaik, mungkin katil putih itu akan menerima kunjungan ayah lagi.
Lalu, aku buang mungkin itu,ku katakan pada ayah dia harus sihat!
Ayah ketawa kecil dalam garau suaranya yang sedang demam. "Ayah okay angah!"
Semalam juga buat aku terpempan, saat ku jawab panggilan dari emak,suara ayah yang menjengah.
Selepas salam, tuturnya "ayah rindu kat angah" laju menyapa peluput telinga,bukan ayah tak pernah ucap rindu buatku, cuma kali ini begitu jelas. Biasanya ungkapan rindu ayah ku baca dari senyuman,ciuman,usapan di kepala dan lewat kata-kata saat menghantar aku pergi dimuka pintu.
Ralat hati ini.
Namun isi buku harus terus aku fahamkan, juangku disini juga buat ayah dan emak kan?
Esok hari perang. dan aku pasti berjuang!

Tuhan, jika sebelum ini ada kebaikan ku yang kau terima.
Jadi bolehkah kiranya hari ini aku ingin meminta?
Beri kesejahteraan buat ayah, tenteramkan hati wanita agungnya-emak.
Sungguh dewasaku ini,dengan tangan ayah dan emak yang amanah itu.
Aku sebegini berdosa bukan kerna mereka,aku yang leka.



5 ulasan:

  1. jika diberi pilihan..
    aku mahu sahaja sentiasa bersama kedua ibi bapa aku

    BalasPadam
  2. harap ayah kau baik2 saja.blaja rajin2.jangan on9 je.hehe

    BalasPadam
  3. intan,
    kau bisa saja terus sentiasa bersama mereka.kau ada pada hati-hati murni itu.sentiasa-

    penjajah,
    terima kasih untuk sayang dan ingatanmu,:D

    Sora,
    Moga kita tabah ya!

    BalasPadam