Sabtu, 24 Disember 2011

SUNGAI MERAH

Aku anak kecil,
Yang berlari di titi sungai.

Saat suara belum bermuka - muka,
Tiupan angin lara tak berirama,
dan sungai merah,
masih punya jiwa.

Siang ini masih sama,
Langit kekal membiru,
Cuma rasa tak menyatu,
dan aku ragu,
mungkin esok belum tentu.

Adra Muira
Tanjung Api,Kuantan.

2 ulasan:

  1. hati-hati lari anak kecil.nanti tersadung kaki sendiri

    BalasPadam
  2. hayati indahnya hari ini sebaiknya. esok kita salutkan usaha untuk lebih baik dari hari ini. kurangkan meneka, teruskan usaha.

    BalasPadam