Jumaat, 30 Disember 2011

Buku Pinjam

Aku pelupa orangnya,
Buku pinjam, lama di almari kayu,
Lupa juga janji akan kembali,
Bertemu di jalan lorong satu,
Memulang buku,
Dia pasti dah tunggu.

Putih kemboja menghantar tanda,
Tapi aku pelupa orangnya,
Baru tadi dia hantar berita,
Ada yang telah dulu,
Memulang buku.
Janganlah aku lupa lagi,
Kemas buku,
Dan lunas janji.









3 ulasan:

  1. harap jadi pelupa, pada kisah lalu..

    BalasPadam
  2. Sora,
    buku hidup yang terlupa sedang dipinjam kelak harus dipulang.

    Macy,
    Kadang pelupa itu baik pada sesetengah hal kan?

    BalasPadam