Khamis, 5 Januari 2012

Malaman!

Seharusnya aku merasakan sesuatu sebegini. 
Tentang masa depan dan bagaimana kita melalui masa-masa itu.
Aku tidak wajar tunggu diam membiarkan hidup itu datang. 
Aku harus bergerak kearahnya dan memberi yang terbaik- Pastinya.
Kehidupan ini bukan pilihan ia ketentuan. Ahh kalian pasti tahu juga tentang ini.
Cuma pilihannya terletak bagaimana kita merencanakan. 
Mahu ia diakhiri bagaimana- suka,luka? Itu pilihan. 
Juga bagaimana kita menafsir hikmah pada setiap hari yang dilalui.
Mungkin hari ini aku diberi susah untuk aku belajar sabar.
Dan barangkali esok diberi senang bagi melentur erti syukur. 
Tapi, Kita manusia yang punya mahu tidak menentu,
Sering saja kenyataan itu sedaya upaya ditutup dari mata hati.
Aku pun kadang begitu, mungkin juga selalu.
Saat degil mengakar sebegini rupa, aku jadi ingat.
Pada beberapa cerita yang pernah mengajar aku. 
Bagaimana hidup itu takkan mudah jika tidak mahu berubah dan merubahnya.

Satunya, P.S.I Love You,
Coretan Cecilia Ahern,Putri dari Bertie Ahern Perdana Menteri Irlandia.
Adaptasi kepada filem oleh Richard LaGravenese.



Aku juga belajar, 
Sendirian atau tidak hidup harus berlanjut!




P.S, malaman bermaksud 'belajar' dalam bahasa filipina.

5 ulasan:

  1. dari lahir sampai mati, kita takkan berhenti belajar.

    BalasPadam
  2. Penjajah,
    Ya! moga aku tetap mahu belajar :)

    BalasPadam
  3. belajar,belajar,dan belajar..
    dr mata tutup sampai tertutup,lumrah manusia itu mmg belajar..

    HEHE

    BalasPadam
  4. Daddylicious,
    selagi kita mahu,mmg takkan pernah habis kan?

    Si ngokngek,
    Jom belajar! jangan malas ya :)

    BalasPadam