Dimeja makan besar,
Bangsawan mulia menyuap kepul-kepul asap,
Pada poket marhaen lemah berdaya,
Mulianya lekat,
Dingat pada minit-minit depan,
Saat menjahit poket koyak,
Yang kelebihan asap mungkin?
Tukang tari pun memain irama ceria,
Menangkap senyum para bangsawan,
Digubah jadi bunga merakah,
Indah!
Dan selepas tamat pesta,
Dijemput penuh adat,
Marhaen menhabis sisa,
Menghirup mulia di celah meja,
Agar taat,
Sujud,
Melutut,
Lalu ketemu jalan syurga!
Berpaling jauh momok neraka.
Sungguh!
Mulianya,
Bangsawan mulia.
260112 0408
masih rasa kerdil disisi NYA..
BalasPadamMulia di mata manusia,
BalasPadamSama di sisi Tuhan.