Isnin, 24 September 2012

Padang Rindu


Sayang,
Apa tidurmu nyaman disana?
Kerna disini mimpiku terisi kamu
Berkejaran  dipadang rindu

Sayang,
Apa benar kejauhan ini?
Sedang kamu masih kulihat bergenang
dicawan kopi ayah
Pada bau helai-helai baju 
lipatan emak


Rupanya rindu ini tak dapat diempangi
Hingga senyummu terlihat pelangi
Dan tawamu mengalahkan malam 
Lalu pagi pun jatuh pada mata
yang masih menatapmu.





Buat kakanda kesayangan di Surakarta
Doa kami kan sentiasa memelukmu
Bercahayalah!




2 ulasan:

  1. berhubunglah melalui skype. moga sedikit rindu terubat banyak sekali.

    BalasPadam
  2. Tentu saja ghost! sebanyak rindu terubat sedikit :)

    BalasPadam