Isnin, 7 Mei 2012

Khabar Bapak

Bapak berkhabar,
Rahsia dan bisa-bisa
Juga sabda tuhan
Dari sudut rumah
Lorong dua
Desa kita.

Bapak berkhabar,
Pantaslah mengenal diri
Membaca erti
Mengantung hati
Jangan mengungkap resah
Peluklah hikmah.

Bapak berkhabar,
Leka kita tentang abadi
Lupakan jalan kembali
Waktu tak lagi perawan
Siang kan menjemput malam
Maut pun menjemput tuan.

Bapak berkhabar,
Juang adalah semangat
Kala kudrat tinggal sekerat
Kaki- kaki yang kau pacu
Tangan- tangan yang melaju
Penyimpan ubat paling mujarab!

Bapak berkhabar lagi,
Hidupi hidupmu
Saat esok kau kan pulang.


Desa Keranji
060512



1 ulasan: