Jumaat, 4 Mei 2012

HATI - HATI

Begitu lama rasanya aku tidak menulis dengan penuh hati disini, mungkin kerana kondisi diri dan segala cekal juga semangat yang aku biarkan lelap sementara. Sudah! aku telah tetap hati yang sebagaimana hari depan yang bakal datang akan aku tentang sehabis baiknya. 

Terima kasih tuhan atas nikmat sakit setelah puluhan tahun telah kau beri sihat kepada aku yang lupa!

Waktu begini mengajar aku banyak tentang hidup,keluarga,cinta,dan isi dunia. Takdir itu rupanya saling berkejaran dengan diriku, sama ada aku mahu terduduk lemah atau berlari sama laju. 
Pilih.

Aku juga sedang belajar menjadi perempuan yang tahu cinta tanpa hilang dirinya,bukan mudah bila cuba membuka hati, kerana aku perempuan penuh hati-hati.



Aku perempuan dengan hati-hati
Tahu mandiri bukan memberi
Tapi cubalah kau curi hati
Dan segala isi kan kau miliki
Ini janji.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan