Isnin, 9 April 2012

Khabar Hujan dan Angin

Gadis kecil dalam hujan dari wilayah Google

Hujan petang dan angin,
Mengusap peluput mata,
Bermimpilah rumpun hijau kembali muda,
Namun terasa kasar hujung angin,
Begitu sendu derap hujan.

Lalu terlihat luka-luka,
Di baris tubuh alam, 
Yang menghantar senyum,
Agar terbeli penawar,
Dari tangan kita si pembinasa.

Berseru mereka semangat,
Mengoncang jiwa peduli,
Khabarkan duka ini terbela,
Agar hujan dan angin bertebaran selesa,
Dan segala isi muka ini bahagia.


2 ulasan:

  1. mahukah kamu kalau saya melodikan karya ini? -Airmas SZ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara Airmas SZ,
      saya begitu gembira melihat pelawaan ini,cuma ragu kesesuaiannya :)
      karya anda memelodikan puisi-puisi ainul muaiyanah begitu saya kagumi!

      Padam