Khamis, 5 Disember 2013

Rahsia Sebuah Perasaan


(Sepotong puisi buat Ahmad)

Cinta menemukan kita dalam banyak rupa
Aku menemukannya dalam sebuah rumah
Rumah asing yang membuatku lupa pulang ke halaman

Begitu rahsia sebuah perasaan
Kita tak pernah mengerti sebab sebuah cinta

Begitu rahsia sebuah perasaan
Beratnya perbezaan masih mampu menulis kita dengan cerita sederhana

Begitu rahsia sebuah perasaan
Udaranya mengepung kita tanpa tahu untuk berhenti mencandui

Sekarang aku membina rumah asing ini menjadi rumahku
Dan kau membajai halaman ini menjadi daerahmu
Semoga tetap kamu yang terakhir, dengan rasa yang tak berakhir.




27/11
***
Ahmad,
Selamat Ulangtahun Kelahiran
Nikmatilah perjalananmu, sebab kau telah menjadi perjalananku
Berbahagialah kita dengan kesederhanaan kebahagiaan ini
Aku yang selalu di dalam tuhan mencintaimu.














1 ulasan: