Isnin, 26 November 2012

Syurga Buat Palestina





Langit palestina terang dengan senyum
Para bapa yang kerinduan
Kumpulan ibu yang tak resah
Menunggu jemputan tuhan
Setelah kian lama membangun ilahi
dengan batu dan hati.




Matahari pun melelehkan sinarnya
Buat palestina yang telah gagah
Membasuh luka dan darah
Dengan sapu tangan bunga
para ibu - ibu mereka.


Wahai anak anak tebing gaza!
Senyumlah sebesar hati
Kenapa masih kau iri kan kami?
Tuhan sungguh lebih tahu indahmu
Tenanglah,
Syurga sedang mempersiap pesta
menyambutmu.






moga ada doa-doa kita genangkan 
walau dalam cawan kopi didepan lappy.



1 ulasan:

  1. "Syurga sedang menpersiapkan pesta menyambutmu."

    sorakan mujahiddin yang bisa menegakan bulu roma.

    BalasPadam