Jumaat, 3 Februari 2012

Jangan jatuh.


Seperti Ahmad, aku pun telah lama senyum sendiri pada langit-langit bumi.
Bertukar khabar pada angin yang hilang selepas hujan.
Hanya sedikit tergoda bila mana ada awan melirit manja.
Dengan Ahmad, aku ingin sekali bertukar senyum dan cerita.
Menarik jendela malam agar pudar cahaya bulan terang.
Biar dia enak dibuai mimpi yang mana aku pelakonnya.
Aku kurang pasti mana indahnya dia.
Kerana lewat ratapnya pun masih terdengar merdu.
Hingga bualan kosong pun mampu mengkhayalkanku.
Tapi.
Ahmad tak merasa seperti aku,
Dia masih ralit senyum sendiri seperti dulu.
Dan aku awan manja yang datang padanya.

Haruskah aku ingatkan hati,
Jangan jatuh ditiang mimpi?


4 ulasan:

  1. ahmad?? siapakah?? hehe..
    mana tahu mimpi itu jadi realiti, satu hari..
    kau pasti tersenyum seperti dia.. ^_^

    BalasPadam
  2. Blues,
    Aku pun kurang pasti siapa Ahmad..
    Kerana rasa selama ini mungkin sekadar imiginasi.

    BalasPadam
  3. walau sekadar imaginasi,
    sudah jadi tugas kau untuk kawal diri.
    sebab kau pelakon dalam mimpi.
    watak kau harus betul2 kau selami.
    hihi :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang-kadang pelakon terlalu ralit dengan lakonan,
      hingga tak nampak yang benar.
      terima kasih lavender :)

      Padam