Khamis, 15 Mac 2012

Dipertiga jalan-jalan malam

Malam hening yang kosong,
Buat aku  bertanya pada langit,
Mencuriga terang cahaya bulan,
Biar tahu rahsia dibalik lindungannya,
Yang membiar aku jatuh,
Pada kegelisahan malam gelap,
Datang, dan menyelinap di mata,
Menghembus rindu di atma.

Harapku beribu-ribu awan menutup cahayanya,
Dan buat aku berhenti menatap,
Dipertiga jalan-jalan malam.


3 ulasan: