Isnin, 30 Julai 2012

EMPATI

Sejauh mimpi malam kemarin
Aku sedang berjalan 
Pada jalan-jalan asing
Yang buram hujungnya
Dan sosok sepertimu tiba
Mata yang mengalirkan sepi dulu
Sedang bundar dengan bahagia
Itukah tanda jiwamu yang ku beli
dengan keberadaan
Tidak lagi perlu ku diami

Sejauh mimpi malam kemarin
Aku sedang menimbang bicara
Antara berjaga di sisimu
atau berjalan kehadapan
Malam pun bergulung
dengan senyum dan baumu

Lalu apakah menjelang subuh nanti
Aku punya jawapan
atau kembali lena
Dilengan kekeliruan.






Selasa, 24 Julai 2012

Buat Bulan

Buat bulan,
Yang lama berselimut rindu
Apakah kau mahu
Kali ini dengan senyap
Melarikan aku dari matanya
Sembunyikan aku dari jalannya
Yang mana menjauhkan
Dari sujud yang telah dihujung
Dan air mata disela jemari
Yang menjelma doa.


Sabtu, 21 Julai 2012

Marhabban


selepas sahur pertama ramadhan ini
aku, beranda,
 dan sunrise jingga.



Marhabban Ya Ramadhan 1433H