Sabtu, 24 Mac 2012

Merajut Malam Gundah

credit: devianart

Saatku terbangun, bintang masih merajut malam,
Dalam lenganya yang perkasa.
Begitu diam yang menghindar aku,
Lalu angin membiar ruang,
Terisi antara rindu dan gundah.

Pagi yang ingin naik ikut tertunda,
Pada surat-surat tuhan yang ku carik,
Masih belum rampung teduhan,
Pada langit,
Pada dedaun,
Pada tangan,
Pada tangkai nyawa yang hampir terbuang.

Aku peluk bulan dengan sendu,
Begitu kau terletak kedua,
Masih mengirim pelangi dihujung hujan,
Masih membasahi embun dibungaku,
Dan ternyata aku lah yang mendusta
pada janji-janji kita.






Jumaat, 23 Mac 2012

Doa Jauh


Pagi sedang mula menangkap merah
dikaki langit.
Tiba lah hari juang akhir,
Tentang lelahmu semalam dan kemarin,
Moga terbuka pintu – pintu kemudahan,
Menjauhlah  lupa dari sang ilham.

Tuhan,
Mohon perkenan,
Doa jauh dari teman.



Khamis, 15 Mac 2012

Dipertiga jalan-jalan malam

Malam hening yang kosong,
Buat aku  bertanya pada langit,
Mencuriga terang cahaya bulan,
Biar tahu rahsia dibalik lindungannya,
Yang membiar aku jatuh,
Pada kegelisahan malam gelap,
Datang, dan menyelinap di mata,
Menghembus rindu di atma.

Harapku beribu-ribu awan menutup cahayanya,
Dan buat aku berhenti menatap,
Dipertiga jalan-jalan malam.


Jumaat, 9 Mac 2012

Kembang Merah



Kita terbangkit dalam perjalanan yang sama
Hidup antara terang dan gelap
Bertahan dalam kesempurnaan
atau merajut kebahagian.

Kita bersahabat dengan bias cahaya
Meredhai gagahnya matahari
Mengharungi bulan yang begitu lembut
dan keduanya tersurat makna pada langit.

Kita sama-sama membina mimpi
Dari sebaris impian waktu senja
Lalu jatuh tak bersyarat padanya
Khayal hingga pedihlah membangunkan.

Dan

Kita kini sedang berdiri bersama
Di depan pintu yang isinya belum tentu
Apakah akan kita lepas dan menyerah
atau mekar indah seperti kembang merah?



 Credit,
 Corn poppy image (C) by http://www.martin-liebermann.de




Selasa, 6 Mac 2012

Yang Terlupakan


Setiap hari hujan luruh
Di kota-kota besar kita
Aku terdengar suara berbisik
Cuba membeli mentari
Dengan marah dan hati sebal.

Sedang ada yang lain
Berdakap dengan debu panas
 Sebegitu ingin menembak hujan
Dengan lantun doa harapan
juga raung-raung kesakitan.

Sengsara dan terlalu bahagia
Rupanya mencambah lupa
Tentang nikmat secangkir hujan 
dan seberkas mentari
Adalah kurnia dari tuhan yang sama.



‎"...But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you.
And Allah Knows, while you know not."
[Al-Baqarah 2 : 216 ]